Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661]

How are you related to Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661]

12. SULTAN HAJI MUHAMMAD ALI (TM 1660 - 1661)

Sultan Hj Muhammad Ali adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Hasan [Sultan Brunei ke-9, 1582-1598] dengan pasangan baginda Puteri Sulu. Setelah Sultan Abdul Jalilul Jabbar lindung pada tahun 1660, takhta Kerajaan Brunei pun digantikan oleh ayahanda petuan baginda Sultan Hj Muhammad Ali, menjadi Sultan Brunei ke-12. Sebelum menjadi Sultan, baginda dikenali dengan Pg Muda Muhammad Ali. Dalam tahun 1610 pada masa Melaka di bawah pemerintahan General Diego de Mendanca, beberapa orang Putera Diraja Brunei telah singgah di pelabuhan Melaka dalam perjalanan mereka ke Tanah Suci Makkah. Besar kemungkinan salah seorang daripada Putera Diraja itu ialah Pg Muda Muhammad Ali ibni Sultan Muhammad Hasan. Seperti Sultan Abdul Jalilul Jabbar juga, Sultan Hj Muhammad Ali ini dikatakan tidak lama di atas takhta kerajaan dan baginda belum sempat berpuspa, namun demikian ura-ura hendak berpuspa telah ada, iaitu sebelum baginda lindung pada tahun 1661, baginda telah mengurniakan gelaran Orang Kaya Digadong Seri Nara Indera kepada adinda baginda, iaitu gelaran tambahan kepada gelaran ‘Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela’ yang sedia ada ketika itu.

Sultan Hj Muhammad Ali ini mempunyai beberapa orang putera dan puteri yang gahara antaranya Pg Muda Omar (Pg Digadong Pg Muda Omar), Pg Tangah, Raja Sari, Pg Muda Bungsu (Raja Bendahara Pg Muda Bungsu) dan Pg Muda Husin Kamaluddin. Disebutkan, anakanda baginda Pg Muda Bungsu ini adalah seorang yang gagah, keras dan panas baran, terutama apabila menerima sesuatu perkara yang menyinggung keperibadian dan memalukan dirinya. Ketika disorani oleh pihak anakanda Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin kerana ayamnya telah kalah dalam persabungan ayam dengan ayam anakanda Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin, maka ‘pembuang murkanya’ itu, ia terus menikam anakanda Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin langsung mati. Setelah iapun berangkat ke istana mengadap ayahandanya Sultan Hj Muhammad Ali menceritakan kejadian malang itu. Setelah Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin mengetahui anakandanya mati ditikam oleh Pg Muda Bungsu ibni Sultan Hj Muhammad Ali, maka ia pun naik ke istana diiringkan oleh 40 orang anak-anaknya mengadap Sultan Hj Muhammad Ali untuk mengadukan kejadian malang itu, dan seterusnya untuk membela di atas kematian anakandanya itu. Setelah Pg Muda Bungsu mendengar titah ayahandanya ‘yang membunuh hukumannya bunuh’ itu, maka ia pun lantas lari ke dalam istana. Melihat kejadian Pg Muda Bungsu itu telah masuk melarikan diri ke dalam istana, maka Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin pun murka, lalu berdatang sembah menjunjung titah supaya ia sendiri akan membunuhnya.

Sultan Hj Muhammad Ali sangat murka mendengar sembah Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin yang cuba merebut kuasa baginda itu, lalu bagindapun bertitah dengan mengatakan bahawa anakanda baginda itu telah terlepas dari hukuman bunuh, kerana menurut adat istana, jika seseorang itu membawa darah mati ke dalam istana, ia akan mendapat perlindungan dan pengampunan Sultan. Mendengar titah Sultan Hj Muhammad Ali yang sedemikian itu telah memarakkan lagi api kemurkaan Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin. Pembuang murkanya Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin pun masuk ke dalam istana mencari putera Diraja itu. Apabila Pg Muda Bungsu melihat Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin masuk ke dalam istana mencarinya, maka iapun terjun di sebelah darat masuk ke dalam hutan kerana ketakutan. Setelah Pg Muda Bungsu dapat melepaskan diri daripada ditangkap oleh Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin, iapun terus melarikan diri ke Sambas dan bermastautin di sana, ketika di sana Pg Muda Bungsu telah dianugerahkan gelaran ‘Bendahara’ oleh Sultan Sambas. Apabila Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin menyedari bahawa Pg Muda Bungsu telah lepas melarikan diri, maka untuk membuang ‘ukas’ murkanya, ia pun mengamuk dan membunuh isi istana yang ditemuinya. Melihat kejadian sedih dan mengerikan itu, murka Sultan Hj Muhammad Ali makin bertambah-tambah, maka titah baginda kepada Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin bahawa perbuatan yang dilakukan oleh Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin itu kejam dan tidak bertimbang rasa - membunuh orang yang tidak berdosa. Menurut tradisi lisan, pada masa baginda bertitah itu baginda tidak lagi menggunakan perkataan ‘Pengiran’ melainkan hanya menyebut ‘Bendahara’ sahaja.

Setelah Sultan Hj Muhammad Ali menyaksikan perbuatan kejam Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin mengamuk dan membunuh isi istana di hadapan mata baginda sendiri, akhirnya baginda pun minta ‘disudahi’ (dibunuh) juga. Mendengar permintaan Sultan Hj Muhammad Ali itu, maka diruntun oleh hati dan perasaan dendam yang ‘meruap-ruap’ tanpa berfikir panjang Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin pun menangkap Sultan Hj Muhammad Ali, terus dibawanya ke tengah padang rumput di kawasan istana, lalu baginda pun dikujut (mencarur leher dengan tali) oleh Pg Bendahara Pg Abdul Hakkul Mubin di sana, iaitu pada hari Isnin, 4 Februari 1661, sebab itulah Sultan Hj Muhammad Ali termasyhur dengan nama Marhum Tumbang di Rumput. Kemudian, menurut tradisi lisan tidak lama daripada peristiwa yang menyedihkan itu, berlakulah kebakaran di istana kekanda baginda Al-Marhum Sultan Abdul Jalilul Akbar.

والله أعلمُ


http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei.htm

Sultan Haji Muhammad Ali (TM 1660 - 1661)

Baginda naik takhta pada 1660. Takhta kerajaan Baginda direbut oleh Pengiran Bendahara ‘Abdul Hakkul Mubin kerana anaknya ditikam oleh Pengiran Muda Bongsu yang kalah bersabung ayam. Baginda lindung pada 14 Rabiulawal 1072 bersamaan 6 November 1661.


Sultan Brunei ke12; 1652-62. Dibunuh S. Abdul Mumin I.

1660 - 1661 H.H. Paduka Sri Sultan Haji Muhammad 'Ali ibni al-Marhum Sultan Muhammad Hassan [al-Marhum Tumbang di-Rumput], Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. b. 159x, son of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Hassan ibni al-Marhum Sultan Saif ul-Rijal Nur ul-Alam, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by a secondary wife, educ. privately. Succeeded on the death of his nephew, 1660. He was k. (garotted) on the lawns of his palace at Asar, with all his male children save two infants, 7th December 1661, having had issue